Sukan Hari Ini

BAM nafi Daren Liew gugur Terbuka China, Hong Kong

daren

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menafikan spekulasi bahawa pihaknya tidak akan menghantar Daren Liew ke dua kejohanan siri super terakhir musim ini iaitu Terbuka China dan Hong Kong, bulan depan.

Pengurus Besarnya, Kenny Goh berkata belum ada sebarang keputusan terhadap penyertaan Daren iaitu pemain perseorangan ketiga negara atau mana-mana pemain untuk kejohanan akan datang.

“Keputusan penyertaan mana-mana pemain hanya dibuat selepas proses post-mortem dijalankan apabila pemain dan jurulatih kembali daripada mana-mana kejohanan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Laporan media hari ini menyebut Daren mungkin tidak dihantar ke kejohanan Terbuka China (12-17 Nov) dan Hong Kong (19-24 Nov) walaupun namanya tersenarai selepas tersingkir di pusingan awal Terbuka Denmark dari 15-20 Okt dan Terbuka Perancis yang berakhir Ahad ini.

Pada pusingan pertama Terbuka Perancis, Selasa lepas, Daren, 26, kalah kepada pemain veteran dari Thailand, Boonsak Ponsana dengan keputusan 21-15, 15-21, 19-21.

Pada Terbuka Denmark, beliau menarik diri pada perlawanan pusingan pertama menentang pemain India, P. Kashyap kerana kakinya bengkak.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");