Sukan Hari Ini

Zulfahmi kutip 5 mata di GP Australia

fahmi jepun

PELUMBA Moto3 negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin daripada pasukan Red Bull KTM Ajo berjaya menamatkan saingan Grand Prix Motosikal Australia (GP Australia) di Litar Philip Island di tempat ke-11, semalam.

Perlumbaan Moto3 GP Australia itu dimenangi pelumba Sepanyol, Alex Rins daripada pasukan Estrella Galica 0,0 dengan masa 37 minit dan 40.375 saat, sementara Zulfahmi berada 15.974 saat di belakang Rins dengan masa 37:56.349s.

Keputusan yang diperoleh tidaklah berapa baik. Bagaimanapun saya terima dengan positif dengan keadaan fizikal saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan pakar fisio yang telah membantu saya dalam tujuh hari lepas.

“Saya berharap dapat melakukan yang lebih baik di GP Jepun nanti,” kata pelumba yang menyambut ulang tahun ke-22 semalam, melalui rakaman audio daripada pasukan Red Bull KTM Ajo.

Selepas perlumbaan GP Australia, beliau menambah lima mata dan masih mengekalkan kedudukan pelumba keseluruhan di kedudukan ke-10 dengan 65 mata.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");