Jenayah

14 individu diburu polis

individu diburu polis

BUKIT BERUANG – Empat belas individu, termasuk lima wanita, kini sedang diburu polis dalam usaha pihak berkuasa menyiasat kes penipuan gores dan menang yang dilaporkan berleluasa di beberapa pasar raya utama di negeri ini.

Kesemua mereka yang dicari adalah Chin Kim Leong, 37; Ong Tian Hoon, 24; Chia Yong Foo, 20; Khairulnisham Ahmad Bunai, 29; Ong Jia Kae, 25; Wong Shut Lee, 25; Ho Chui Har, 27; Lim Seng Leong, 24; Loh Jin Yi, 17; Yu Siew Yen, 20; Tan Shi Wen, 26; Khong Shuh Huey, 28; Tan Kim Heng, 26 dan Anas Hussni, 25.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil negeri, Superintendan Ee Khong Koy berkata, kesemua suspek ini dipercayai dapat membantu polis menyelesaikan sekurang-kurangnya 26 kes gores dan menang yang dilaporkan.

Menurutnya, hasil siasatan polis, dua syarikat, iaitu sebuah yang beroperasi di Plaza Pandan Malim dan sebuah lagi di Jalan Munshi Abdullah, didapati aktif menjalankan aktiviti gores dan menang ini.

“Dari siasatan polis, kita dapati terdapat 44 aduan dari orang ramai yang menjadi mangsa membabitkan kerugian hampir RM200,680.

“Pada masa sama, tujuh kertas siasatan juga dibuka bagi syarikat kedua yang membabitkan kerugian kira-kira RM15,800,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurutnya, siasatan itu dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan turut menjurus kepada usaha mengenal pasti sama ada kedua syarikat ini mempunyai sebarang kaitan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek, diminta hubungi talian 06-285 4222 atau balai polis berhampiran.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");