Perak Hari Ini

‘Little India’ Ipoh Jadi Tumpuan Beli Belah Sempena Deepavali

Deepavali5.jpg

Menjelang sambutan Deepavali esok, Little India di Jalan Lahat, dekat Ipoh terus menjadi tumpuan ramai penganut agama Hindu untuk membeli-belah bagi memenuhi keperluan masing-masing.

Tinjauan Peraktoday.com ke lokasi itu mendapati suasana membeli-belah itu di waktu malam begitu meriah sekali dan kegembiraan jelas terukir di wajah kebanyakan pengunjung.

Kebanyakan mereka berpendapat suasana membeli-belah di waktu malam lebih menyeronokkan, sekaligus membuat mereka berasa lebih selesa untuk mendapatkan barangan keperluan bagi menyambut Deepavali.

Pelbagai jenis pakaian dan kuih-muih dijual dengan harga yang berpatutan dan para peniaga tidak ketinggalan berlumba-lumba untuk menarik perhatian pelanggan bagi melariskan jualan masing-masing.

Gerai yang menyediakan khidmat lukisan inai pada tangan paling mencuri tumpuan pengunjung yang menawarkan pakej harga antara RM5 hingga RM15 bergantung kepada motif yang dihasilkan.

Selain itu, pengunjung juga tidak melepaskan peluang membeli kuih-muih enak antaranya muruku, laddoo dan jalebi yang sering menjadi hidangan utama kepada para tetamu sempena Deepavali.

Tidak ketinggalan, gerai yang menjual kad ucapan dan barangan perhiasan diri turut menjadi perhatian pengunjung yang mahu tampil bergaya dengan pakaian baru yang berwarna-warni.

Bagi mengelak kejadian tidak diingini, kaunter balai polis bergerak turut dibuka dan kelihatan beberapa anggota polis bertugas untuk mengawal keselamatan para pengunjung.

Kebanyakan gerai yang beroperasi di Little India Ipoh beroperasi dari jam 10 pagi dan ditutup sekitar awal pagi bagi memudahkan pengunjung membeli-belah sempena Deepavali.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");