Jenayah

39 GRO warga China ditahan

gro china

GEORGETOWN – Penyamaran anggota polis sebagai pelanggan di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma di sini sejak beberapa hari lalu berjaya membongkar kegiatan haramnya menyediakan pelayan pelanggan (GRO) warga asing.

Bukan sahaja berkelakuan tidak sopan di tempat awam, malah mereka didapati menyalah guna pas lawatan sosial. Seramai 12 daripada 39 wanita warga China yang ditahan didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Dalam operasi yang dijalankan sepasukan polis Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dari Ibu Pejabat Daerah Timur Laut (IPDTL) kira-kira jam 11 malam semalam, kesemua GRO berkenaan yang berusia diantara 20 hingga 40 tahun tergamam apabila menyedari kehadiran polis.

Menurut sumber, ketika serbuan mereka sedang leka melayan pelanggan dan ada antaranya yang sedang asyik menari.

“Kesemuanya berjaya ditahan walaupun seorang bertindak agresif sehingga menyebabkan pakaian seorang anggota polis terkoyak. Turut ditahan dua lelaki yang menjadi penjaga di situ berusia 39 dan 58 tahun.

“Dalam operasi ini, kita menahan lima pekerja lima dan enam pelanggan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asissten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan serbuan serta tangkapan berkenaan.

Menurutnya, jumlah penahanan GRO adalah yang terbesar tahun ini.

Beliau berkata, mereka dibawa ke IPDTL untuk siasatan lanjut dan dokumentasi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1956/1963, Seksyen 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6 (2) Akta Enakmen Hiburan 1998.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");