Berita Hari Ini

Generasi muda masih keliru dengan akidah

GENERASI MUDA

ALOR SETAR – Generasi muda pada hari ini dilihat ramai terkeliru dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan masih ada pemikiran yang mengatakan golongan Syiah adalah sebahagian daripada mazhab.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara ini turut menjadi persoalan dan perbualan hangat di dalam laman sosial Facebook serta Twitter yang mempersoalkan tindakan masyarakat Islam menentang fahaman Syiah.

Beliau berkata, penentangan itu berlaku kemungkinan kerana mereka beranggapan Syiah adalah bukan ancaman berikutan hubungan persaudaraan sesama Islam.

“Syiah sekarang ini semakin berani, dia menjelmakan warna sebenar mereka. Ini yang membimbangkan kita kerana mereka sudah tidak lagi berpegang kepada ajaran mereka yang sebenar supaya dilakukan dengan taqiyah iaitu bersembunyi.

“Kita kena ingat bahawa Syiah ini amat menggerunkan kerana secara sejarahnya Syiah sentiasa menimbulkan kecelaruan dan perpecahan dalam kalangan umat Islam kerana asalnya Syiah adalah politik, bukan akidah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan aluan di Wacana Pemantapan Akidah peringkat negeri Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini, semalam.

Menurutnya, kelahiran fahaman Syiah juga adalah bertujuan untuk perebutan kuasa dan oleh kerana itulah mereka sanggup menghalalkan darah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Kita perlu ingat kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah menghalalkan darah golongan Syiah, bahkan kita sentiasa mendoakan mereka agar sentiasa diberikan hidayah oleh ALLAH supaya dikembalikan kepada ajaran Islam yang sebenar.

“Tetapi kalau kita baca buku Syiah, mereka menghalalkan darah, bahkan ada yang mengatakan akan dapat ganjaran 70,000 pahala sekiranya dapat membunuh seorang ahli sunnah,” katanya.

Tambahnya, beliau tidak menafikan ada juga ahli politik di negara ini turut terlibat dengan fahaman Syiah.

“Kita tidak boleh nak buktikan secara khusus kerana Syiah ini berselindung, itu adalah rukun iman mereka. Mereka tidak boleh diketahui sehinggalah mendapat kuasa yang dikehendaki. Corak-coraknya sudah ada, sebab itulah kita amat bimbang.

“Saya memerhatikan akaun laman sosial generasi muda sekarang ini, mereka sendiri menzahirkan dari segi kekaguman mereka kepada golongan Syiah yang dianggap kerajaan Islam yang berani berhadapan dengan Israel dan sebagainya. Walhal, golongan Syiah ini sebenarnya mempunyai matlamat yang lebih besar daripada itu,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");