Berita Hari Ini

4.6 juta pelancong disasar lawat Johor

tee-siew-kiong

JOHOR BAHRU – Johor mensasarkan ketibaan 4.6 juta pelancong asing dengan anggaran pendapatan RM12 bilion sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata sasaran itu dibuat berdasarkan ketibaan 4.2 juta pelancong asing tahun ini setakat ini.

“Johor mempunyai 14 pintu masuk utama dan enam daripadanya telah dipilih menjadi laluan utama bagi majlis sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya dalam sidang akhbar di Nusajaya semalam.

Katanya pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan kebudayaan daripada pelbagai kaum dan persembahan khas oleh penggiat industri pelancongan negeri Johor telah diatur bagi meraikan kedatangan pelancong asing ke negeri ini.

Selain itu, katanya pelancong akan menerima cenderahati apabila mereka melalui pintu masuk terpilih sebagai memori yang terindah dan berharap mereka akan kembali lagi melawat ke Johor.

Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan tema ‘Celebrating 1Malaysia, Truly Asia’ mensasarkan ketibaan seramai 28 juta pelancong ke Malaysia dengan nilai pendapatan RM76 bilion.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");