Berita Hari Ini

F&N kekal harga

FNN

FRASER & Neave Holdings Berhad (F&NHB) mengekalkan harga sedia ada ke atas semua produk keluarannya walaupun subsidi gula dikurangkan sebanyak 34 sen ketika Bajet 2014 lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya,Somsak Chayapong berkata, syarikatnya telah membeli gula tanpa subsidi sejak dua tahun lalu menerusi dua syarikat pengeluar gula utama negara.

“Oleh itu, pengurang subsidi gula tidak beri kesan kepada perniagaan kami dan pelanggan,” katanya selepas pengumuman laporan kewangan 2013 yang berakhir 30 September lalu, di pejabatnya di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sebanyak enam peratus juga tidak memberi kesan kepada perniagaan syarikat apabila dilaksanakan kelak, memandangkan syarikatnya di Thailand sudah pun menggunakan GST sejak 10 tahun lalu tanpa sebarang masalah kepada syarikat.

Sementara itu, mengulas berhubung perkembangan eksport produk, Somsak berkata, syarikatnya menyasarkan peningkatan kepada 30 peratus daripada 15 peratus bagi pasaran eksport dalam tempoh lima tahun akan datang.

Katanya, F&NHB turut mencatat keuntungan kukuh dengan peningkatan perolehan daripada RM3.17 bilion tahun lalu kepada RM3.51 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 September lalu.

“Bagaimanapun keuntungan selepas cukai syarikat turun 4.9 peratus daripada RM273.9 juta kepada RM260.6 juta berikutan ketiadaan pengiktirafan aset cukai berganda,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");