Perak Hari Ini

68 Kanak-kanak Diraikan Dalam Majlis Berkhatan

PERAKTODAY7

Seramai 68 kanak-kanak dari sekitar Ipoh menyertai program berkhatan beramai-ramai anjuran Pusat Perubatan UniKL RCMP yang berlangsung di perkarangan pusat tersebut, pagi tadi.

Terdahulu, majlis yang masuk tahun kedua penganjurannya diserikan dengan kehadiran Exco Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria dan penceramah agama terkenal, Ustaz Kazim Elias.

Program itu juga dianjurkan dengan kerjasama Pusat Pendidikan Al Barakah dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Menurut jurucakap majlis, setiap kanak-kanak yang menyertai program itu hanya dikenakan bayaran promosi serendah RM99 sahaja.

Sementara itu, Mohd Nizar dalam ucapan perasmiannya, berkata program berkhatan beramai-ramai itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan ukhuwah yang sedia terjalin di kalangan masyarakat.

“Melalui program ini juga, masyarakat menunjukkan petanda positif mengenai kewujudan Pusat Perubatan UniKL RCMP dan diharap ia dapat dijadikan sebagai acara tahunan,” katanya lagi.

Sebelum majlis bermula, kanak-kanak tersebut diarak oleh penjaga masing-masing dan dimandikan dengan pancutan air oleh pasukan bomba dan penyelamat.

Ternyata, acara itu sedikit-sebanyak dapat menimbulkan suasana ceria di kalangan para peserta yang datang dari beberapa kawasan Ipoh antaranya Gugusan Manjoi, Silibin dan Batu Gajah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");