Sukan Hari Ini

Affendi buru gelaran juara hatrik

affendi

MOHD Affendi Rosli meletakkan sasaran meraih gelaran hatrik pada saingan Pusingan 9 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Litar Sepang Selatan, hujung minggu ini.

Pelumba Y-TEQ SCK Honda Racing itu percaya keupayaan jentera Honda pasukan mereka dapat membantunya mengulangi kejayaan manis ketika menjuarai perlumbaan CP130 di litar sama sepanjang dua musim lalu.

Tambahan pula, Affendi percaya kejayaan pada perlumbaan minggu ini akan dapat membantunya untuk menamatkan musim 2013 di kelompok lima pelumba terbaik keseluruhan berikutan kegagalan dalam beberapa siri perlumbaan lepas.

“Keputusan tiga pusingan lepas tidak sepertimana yang kami jangkakan. Pada peringkat awal saya beraksi baik untuk memulakan perlumbaan dari barisan hadapan namun kemudian berakhir dengan kemalangan pada perlumbaan sebenar ketika di Kluang (Pusingan 6) dan Jempol (Pusingan 9).

“Begitu juga pada pusingan ketujuh di Temerloh sekadar menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dari tempat kedua.

“Nasib saya juga tidak begitu baik, mungkin kerana terlalu inginkan kemenangan sehinggakan aksi saya terjejas. Mudah-mudahan saya dapat mencatat keputusan lebih baik di Sepang,” katanya yang telah dua kali berturut-turut bergelar juara di situ.

Walaupun yakin untuk mencapai kemenangan, pelumba 28 tahun itu tetap bimbang dengan ancaman penunggang-penunggang Honda lain termasuklah rakan sepasukan, Norizman Ismail dan Mohd Zaqhwan Zaidi (Givi Honda Yuzy Pachie).

Begitu juga dengan pelumba yang menggunakan jentera Yamaha seperti Mohd Ramdan Rosli (Petronas Syntium Moto Yamaha AHM) dan Ahmad Fuad Baharudin (Faito Yamaha Motobert).

“Saingan di Sepang pasti berlangsung sengit terutama di antara pelumba yang sedang mengejar takhta keseluruhan. Saya akan cuba membantu Norizman untuk terus berada di tangga teratas dan pada masa sama mencari kemenangan untuk diri sendiri.

“Tugas kali ini pasti lebih sukar memandangkan litar ini lebih panjang dan lebar tidak sepertimana litar-litar Cub Prix yang lain.

“Meskipun begitu, berdasarkan pengalaman lalu, jentera Honda kami mempunyai banyak kelebihan di Litar Sepang ini. Krew pasukan yang berwibawa juga memberikan banyak kelebihan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");