Membawang Hari Ini

Ajo gigih kejar impian

ajo dan aida

Kegagalan lalu bukan satu noktah, tetapi akan lebih mematangkan diri dan berusaha dengan lebih gigih untuk berjaya.

Itulah harapan ingin digapai bekas peserta Bintang Mencari Bintang (BMB) yang menjadi protege kepada bekas penyampai radio HotFM Faizal Ismail iaitu Wan Azrul Azizan, 28, atau lebih dikenali sebagai Ajo yang ingin membuktikan kemampuannya sebagai anak seni bukannya satu permainan.

Selepas tamat program realiti itu pada April lalu, karier seni Ajo yang turut digelar ‘Aku Jejaka Ohsem’ tidak berhenti, malah terus aktif menjayakan pelbagai program termasuk Sembang Sahur, FBI Raya Sakan, Bintang Mencari Pasal dan yang terbaru, Kintang Kintung.

Baginya, rezeki adalah kurniaan Allah SWT, malah Faizal sendiri begitu komited membantu dirinya mengejar impian sebagai anak seni. Sehubungan itu, graduan Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang seni halus, lakonan dan pengarahan ini tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Ajo berkata, kerjaya seninya bermula apabila terbabit dalam pementasan Teater Muzikal Tan Cheng Lock dan Keris di Istana Budaya, Kuala Lumpur arahan Allahyarham Datuk Syed Alwi selain turut serta Festival Teater Pulau Pinang dan pernah memenangi Pelakon Monolog Lelaki Terbaik.

Anak kelahiran Kampung Melayu, Air Itam, Pulau Pinang ini berkata, minat dalam seni bermula sejak bangku sekolah lagi dan peluang demi peluang diterima termasuk bergandingan bersama Abu Musariff Abu Bakar atau Abu dalam Program Raja Lawak 2010 dan kerusi panas Maharaja Lawak Mega.

Sungguhpun rezeki tidak berpihak kepada­nya dan Abu, namun rezeki masih berpihak kepadanya apabila bakal menyertai Maharaja Lawak Mega 2013 bersama Abu sekali lagi yang mula bersiaran esok.

Turut bersama Ajo ialah teman baiknya yang juga pelakon baru, Aida Othman yang turut sama menyimpan cita-cita menjadi anak seni yang berkebolehan dan berjaya satu hari nanti.

Aida yang berasal dari Ipoh berkata, minat dalam lakonan membuatkan dia sentiasa berusaha gigih termasuk menjalani uji bakat di Kuala Lumpur. Setakat ini rezeki memihak kepadanya apabila sudah berlakon dalam enam buah drama.

“Saya ingin berjaya dalam bidang ini dan menganggap inilah peluang terbaik untuk saya membuktikan sejauh mana kemampuan sebagai pelakon,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");