Membawang Hari Ini

Artis lama dan baru hiburkan peminat di Bera

artis baru lama

Pameran pertanian, jualan, acara keagamaan, hiburan dan sukan rakyat adalah antara program menarik yang menanti pengunjung sempena program, Road To MAHA yang bermula, semalam.

Road To MAHA buat pertama kali berlangsung di Bera, Pahang dan bakal dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini bertempat di Dataran Kerayong, Bera.

Selain kemunculan penceramah popular, Ustaz Kazim Alias, Ustaz Hanafiah Abdul Razak dan Prof Madya Dr Sharifah Hayati Syed Ismail dalam acara Forum Perdana, Khamis lalu, acara itu turut diserikan dengan persembahan hiburan.

Antara artis yang akan muncul bertemu dengan peminat penyanyi legenda Pop Yeh-Yeh, Datuk Jeffrydin. Muncul dengan gaya tersendiri dalam acara berkenaan, ini bukan kemunculan pertama beliau di Bera.

“Sebelum ini, sudah beberapa kali bertemu dengan peminat di Bera, tetapi saya terharu kerana masih diundang dalam persembahan di sana untuk kali ini.
“Sebagai artis lama, saya berharap program seumpama ini akan terus dilaksanakan bagi mendekatkan lagi orang ramai dengan agensi terbabit memandangkan pertanian adalah satu bidang yang amat penting dan dekat dengan masyarakat.

“Selain itu, penganjur juga boleh memberi pelbagai kemudahan lain kepada pengunjung,” katanya yang akan menyampaikan himpunan lagu popularnya termasuk lagu Mas Mona.
Seorang lagi otai yang juga digelar legenda rock, Mus May juga antara yang akan muncul dalam acara persembahan yang bakal berlangsung pada jam 9 malam ini.
Penyanyi muda, Dafi, Sherry Ibrahim dan Zzati juga bakal membuat kemunculan istimewa dalam acara yang memakan masa selama dua jam itu.

Artis lain yang turut terbabit ialah Ani Maiyuni yang juga bakal bertindak selaku pengacara bergandingan dengan Roslan Shah.

Menariknya dalam persembahan kali ini ialah apabila penampilan kumpulan Ramsha yang terdiri daripada anak muda kaum Asli yang berasal dari Bera sendiri. Kumpulan ini bakal mempersembahkan lagu popular semasa secara langsung dalam acara terbabit. Road To MAHA edisi pertama bermula pada 21 hingga 24 November lalu di lokasi yang sama.

Penganjuran program jelajah Road To MAHA ini akan berlangsung sehingga Oktober 2014.

Dianjurkan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, acara ini adalah sebagai sokongan kepada acara Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International Show (MAHA) yang diadakan secara dwi tahunan bermula dari 1998 di Tapak Taman Kekal Pameran Pertanian Antarabangsa (MAEPS), Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Program pameran jelajah Road To MAHA 2014 di beberapa cadangan lokasi kawasan parlimen terpilih di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah.

Tujuan pelaksanaan program pameran bersiri ini adalah bagi mempromosi dan menghebahkan kepada orang ramai (rakyat) tempatan berkenaan penganjuran MAHA pada 2014 anjuran MOA.

Selain itu, ia juga berlangsung dengan hasrat untuk memastikan rakyat di luar Lembah Klang atau luar bandar yang tidak berkesempatan hadir ke MAHA 2014 dapat merasai juga aktiviti MAHA.

“Road to MAHA adalah acara luar jangkau iaitu program turun padang membabitkan kepimpinan pengurusan tertinggi MOA bersama semua jabatan dan agensi MOA Inc untuk berinteraksi dengan golongan sasar dan menyelesaikan semua permasalahan berbangkit berkaitan sektor pertanian,” kata Timbalan Ketua Setiausaha MOA, Datuk Raihan Sharif.

Selepas Bera, lokasi seterusnya ialah Pulau Pinang (Permatang Pauh), Pasir Salak (Perak), Johor, Kedah, Sabah, Kelantan dan Terengganu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");