Membawang Hari Ini

Awie: Muflis atau tak, saya tak ganggu orang bukan?

awiePenyanyi dan pelakon terkenal, Awie enggan mengulas dengan lebih lanjut berhubung dakwaan yang mengatakan dirinya diisytiharkan muflis.

Menurut Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, perkara tersebut bukanlah perkara penting kerana ia adalah lumrah dan berlaku kepada sesiapa sahaja termasuklah golongan kerabat dan golongan kenamaan.

“Muflis atau tak, saya tak ganggu orang bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun.

“Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis.

“Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya, asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya,” katanya kepada Harian Metro.

Pada masa sama, vokalis kumpulan Wings berusia 45 tahun ini turut menjawab dakwaan yang mengatakan dia memindahkan asetnya kepada isterinya, Rozana Misbun, 34, susulan status itu.

“Kalau pun saya pindahkan harta atau apa saja pada mereka, itu hak saya. Mereka adalah isteri dan anak-anak saya, keluarga saya sendiri.

“Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi, apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja.”

– Tupai.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");