Jenayah

Kes culik: Lembaga Pelancongan serah polis siasat

jenayah

KOTA KINABALU – Lembaga Pelancongan Sabah mempunyai keyakinan penuh kepada polis untuk menyiasat dan menyelesaikan insiden pembunuhan dan penculikan pelancong asing di Pulau Pom Pom dekat Semporna awal pagi semalam.

Pengerusinya, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pihaknya yakin dengan kemampuan polis mengendalikan insiden itu memandangkan ini bukan kali pertama pihak berkuasa Malaysia berhadapan dengan kejadian seperti itu.

“Kita minta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi. Biarlah polis melaksanakan tugasnya,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas mengenai insiden pembunuhan dan penculikan dua warga Taiwan di pulau peranginan di timur Sabah itu semalam.

Dalam kejadian itu, seorang pelancong Taiwan ditemui mati dengan dua kesan tembakan di tubuhnya manakala isterinya yang juga warga Taiwan dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.

Mangsa berumur 57 tahun itu ditemui berlumuran darah di dalam sebuah bilik di pusat peranginan di pulau berkenaan.  – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");