Membawang Hari Ini

Bintang hebat terajui Laga

laga

Kutipan tidak menentu sejak kebe­lakangan ini bukan sebagai penghalang kepada penggiat seni tempatan sebaliknya mereka terus menghasilkan karya demi memartabatkan industri perfileman tanah air.

Dalam kerancakan menghasilkan filem komersial, tidak ramai yang mengangkat tema budaya dan kemasyarakatan yang sepatutnya menjadi teras identiti filem negara ini.

Atas kesedaran itu, Business Leader Film Production Sdn Bhd menyahut cabaran menerusi filem berjudul Laga dan meletakkan kepercayaan kepada pengarah berpengalaman, Ismail Yaccob.

Sabung ayam masih menjadi budaya hidup sebahagian masyarakat kampung sekarang dan skrip nukilan Jamal Ismail itu diselit elemen dramatik, aksi dan percintaan

Dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Eman Manan, Nasir Bilal Khan, Wan Hanafi Su, Ruminah Sidek, Marsha Milan Londoh, Syazwan Zulkifli dan Tyas Mirasih filem ini menjadi karya yang unik dan berbeza.

Filem yang menjalani penggambaran pada Oktober tahun lalu selama 48 hari di lokasi sekitar Kuala Kangsar, Perak bakal menemui penonton pada 23 Januari depan.

Walaupun Laga belum ditayangkan, Ismail memberitahu produksi itu sudah merangka untuk menyiap­kan sekuel Laga 2 kerana yakin filem itu mendapat sambutan.

“Selalunya produksi lain hanya membuat sambu­ngan selepas filem pertama mendapat sambungan. Saya yakin Laga akan mendapat sambutan baik kerana dibarisi pelakon hebat selain mempunyai mesej tersendiri,” kata­nya.

Katanya, penggambaran Laga 2 akan dilakukan di Jakarta dan mengekalkan pelakon sedia ada selain menggunakan pelakon dari negara itu.

Laga turut dibintangi pelakon sinetron, filem dan pengacara Indonesia Tyas sebagai Maya yang juga antara watak utama filem ini.

Tyas berkata, dia bersetuju untuk berlakon selepas mendapat tahu filem itu diarahkan Ismail yang berpengalaman dalam industri perfileman selain tertarik dengan jalan penceritaan.

“Ini kali pertama saya berlakon dalam filem terbitan Malaysia dan seronok dapat bekerjasama dengan pelakon Malaysia,” kata­nya.

Berkenaan wataknya sebagai kekasih Sabri yang dilakonkan Syazwan dalam filem itu, Tyas memberitahu dia selesa berlakon dengan pelakon itu kerana sikapnya yang peramah.

Filem Laga mengisahkan penduduk di sebuah kampung yang gila permainan sabung ayam sehingga sanggup berbunuhan dan mempertaruhkan isteri sendiri.

Perbalahan yang tercetus di antara penduduk kampung berkenaan berpunca daripada salah seorang kaki sabung ayam yang dikenali sebagai Hassan Laga (Wan Hanafi Su).

Walaupun rupa­nya seperti ganas, Hassan mempunyai seorang isteri yang jelita, dan sikapnya berubah menjadi lembut apabila bersama wanita itu.

Selama lima tahun, musuh ketat Hassan iaitu Dasuki tidak pernah menundukkannya di medan sabung.

Dalam satu pertaruhan, Dasuki mendesak Hassan menjadikan isterinya sebagai pertaruhan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");