Perak Hari Ini

Dialog Ekonomi Antara Inisiatif Banteras Kegiatan Ah Long

dun1 zam

Dialog ekonomi antara pendekatan proaktif yang dilaksanakan kerajaan Perak bagi membantu dan mengelak masyarakat umum dan penjaja kecil daripada terjeremus dalam kegiatan pinjaman wang secara haram atau lebih dikenali sebagai ‘ah long’ yang terus berleluasa di negeri itu.

“Dialog ekonomi merupakan satu program yang diperkenalkan kerajaan negeri bagi memberi pendedahan dan peluang kepada mereka yang menghadapi masalah atau kes berkaitan ‘ah long’.

“Ia juga meliputi pendedahan berkaitan wawasan dan kerangka perniagaan kepada masyarakat umum dan penjaja kecil bagi mengelak mereka daripada terlibat dengan kegiatan tersebut,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor).

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan lisan Radzi Zainon (PAS-Sungai Rapat) pada persidangan ketiga dalam Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama Dewan Negeri Ke-13 yang sudah masuk hari ketiga, hari ini.

Jelas Zambry lagi, kebanyakan peminjam perkhidmatan ‘along’ ini berhadapan masalah peribadi yang sulit untuk dinyatakan.

Ujarnya, kebanyakan dasar kerajaan ada menyediakan pelbagai sumber bantuan modal atau pinjaman mudah bagi membantu golongan terlibat daripada berterusan menggunakan perkhidmatan ‘ah long’ tersebut.

“Antaranya bantuan modal atau pinjaman mudah yang disediakan adalah seperti 1Azam, Al-Rahnu dan pinjaman mikro kredit melalui Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR),” katanya.

Kata Zambry lagi, kesukaran memperoleh keterangan menyebabkan pihak polis menghadapi kesulitan untuk membanteras kegiatan tersebut.

“Tiada kerjasama daripada mangsa, tiada saksi yang tampil memberi keterangan, tiada cukup bukti dokumen transaksi pinjaman dan suspek yang ditangkap yang merupakan agen gagal memberi identiti sebenar antara kesukaran yang dihadapi bagi membanteras kegiatan ini,” katanya.

Beliau berkata, pada tahun 2010, seramai lapan ah long diberkas, diikuti 13 orang (2011); 25 orang (2012) dan sehingga Oktober lalu sahaja, seramai 44 orang berjaya ditahan pihak berkuasa.

Katanya, seramai 118  orang mangsa kepada kegiatan ‘ah long’ juga berjaya dikenalpasti sepanjang tahun 2009 hingga Oktober tahun ini.

Kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");