Perak Hari Ini

Lagi 12 Pusat Internet 1Malaysia, 60 Kampung Tanpa Wayar Diwujudkan Di Perak

belia sukan exco

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merancang menambah 12 lagi Pusat Internet 1Malaysia di Perak selain mewujudkan 60 kampung tanpa wayar di negeri itu pada tahun 2014.

Menurut Exco Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya, setakat ini, hampir 300 kampung di Perak sudah menikmati kemudahan internet secara percuma yang disediakan agensi terbabit.

Selain itu, kerajaan negeri dengan kerjasama SKMM juga katanya, akan menyediakan perkhidmatan Wifi secara percuma di kawasan tumpuan awam seperti rawat dan rehat (RnR), stesen bas, Klinik 1Malaysia dan pusat tumpuan pelancong terpilih di Perak.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan) yang ingin tahu status perkhidmatan Wifi percuma yang boleh dinikmati rakyat Perak dengan membandingkan kemudahan sama yang ditawarkan oleh kerajaan pembangkang Pulau Pinang.

Shahrul Zaman menegaskan adalah tidak adil untuk membuat perbandingan dengan Pulau Pinang kerana Perak adalah sebuah negeri yang luas meliputi kawasan dari Bagan Datoh hingga Parit Buntar.

“Adalah tidak adil untuk kita membuat perbandingan dengan negeri Pulau Pinang yang umpama titik sahaja dalam peta Malaysia sedangkan Perak sebuah negeri yang merangkumi kawasan yang luas.

“Kita memerlukan sedikit masa tetapi dengan segala usaha yang sedia ada dan bakal dilaksanakan kelak merupakan perintis untuk memperluaskan lagi perkhidmatan Wifi di seluruh Perak,” katanya lagi.

Terdahulu, ketika menjawab soalan lisan Rashidi Ibrahim (BN-Pasir Panjang), Shahrul Zaman berkata, baru-baru ini, KPerak Inc dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengenalpasti produk inovasi di kalangan rakyat Perak.

Katanya, produk yang dihasilkan itu seterusnya akan dipasarkan dan dipromosikan hingga ke peringkat antarabangsa.

“Kerjasama antara KPerak Inc dan YIM ini bertujuan mengenalpasti produk akar umbi yang bukan hanya berteraskan teknologi semata-mata tetapi juga produk hasil kampung yang mempunyai nilai komersil.

“Pada 2014, kita mensasarkan untuk mengetengahkan 200 produk inovasi yang boleh meningkatkan sumber taraf sosio-ekonomi rakyat melalui siri Jelajah Inovasi di seluruh negeri,” tambahnya lagi.

Beliau menambah 80 peratus pendapatan negara Jepun dijana melalui produk inovasi yang dihasilkan oleh industri kecil dan sederhana (IKS).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");