Jenayah

Dihempap kabel 260 kilogram

kemalangan maut

SEREMBAN – Seorang lelaki yang tergolong dalam orang kurang upaya (OKU) maut dihempap gelungan kabel paip telekomunikasi seberat 260 kilogram di bulatan Green Street Homes, Seremban 2, di sini petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, Jamil Karim, 54, yang juga pemandu lori sedang menurunkan gelungan berkenaan dari lori yang dipandunya, sebelum menghempap mangsa.

Mangsa yang cacat penglihatan mata sebelah kanan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang bekerja di sebuah gudang di Semenyih ditugaskan menghantar muatan kabel berkenaan ke tempat kejadian untuk projek pemasangan kabel telekomunikasi.

“Sejurus sampai di lokasi kejadian, seorang pekerja di tapak projek berkenaan menggunakan sebuah jentolak untuk menurunkan kabel terbabit.

“Bagaimanapun, ketika mangsa membuka pintu belakang lori untuk menurunkan kabel itu, tiba-tiba salah satu gelungan kabel menggelongsor dan terus menghempapnya yang berada di bahagian belakang lori,” katanya.

Menurut jurucakap, kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian akibat dihempap gelungan kabel yang berat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Siasatan awal mendapati ia tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk tindakan lanjut,” katanya Sementara itu, Jenazah Allahyarham Jamil kemudian dibawa ke Kampung Merbau Sempah, Sungai Buloh, Selangor untuk dikebumikan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");