Membawang Hari Ini

Ubah syarat anugerah

joe

Boleh dikatakan saban tahun, tanpa lelah pemuzik ini menghasilkan lagu hip hop. Namun, dek tidak menepati syarat dikenakan penganjur, Joe Flizzow berputih mata apabila karyanya tidak dapat dipertandingkan pada Anugerah Industri Muzik (AIM).

Sudah empat tahun lagu penerima anugerah Ultimate Shout! Awards 2013 ini tidak bolos senarai calon finalis pada anugerah terbesar untuk penggiat muzik itu. Berdepan situasi itu saban tahun, Joe mengaku dia kecewa.

Bagi melayakkan sesebuah lagu hip hop layak bertanding pada AIM, sesebuah karya perlu mengandungi sekurang-kurangnya 60 peratus lirik bahasa Melayu.

Joe mempersoalkan bukankah muzik bersifat universal? Malah, katanya, pendengar di Malaysia merangkumi berbilang kaum, jadi mengapa hanya lagu yang mengandungi 60 peratus lirik dalam bahasa Melayu layak dicalonkan dalam AIM?

Bahasa muzik hip hop

Menurut Joe, muzik hip hop pula meliputi pelbagai bahasa – bukan saja Inggeris malah versi rap turut dinyanyikan dalam bahasa Cina, India dan pelbagai dialek seperti Sarawak dan Negeri Sembilan yang makin ketara sekarang.

Sehubungan itu, Joe tidak faham mengapa syarat 60 peratus lirik bahasa Melayu perlu dikenakan untuk sesebuah lagu layak menjadi finalis AIM.
“Disebabkan syarat ini, sudah empat tahun lagu saya tak dicalonkan di AIM. Saya harap pada masa akan datang, tiada lagi syarat seperti itu.

“Ini kerana lagu hip hop di Malaysia bukan hanya menggunakan lirik Melayu. Lagu genre ini bukan hanya didengari orang Melayu,” katanya yang ditemui sejurus menerima trofi utama Anugerah Shout! 2013, Sabtu lalu.

Botingkek bukan lagu ciplak

Mengulas isu lagu Botingkek nyanyian Waris yang didakwa diciplak daripada lagu asal nyanyian artis hip hop Amerika Syarikat (AS), YC, Joe mengaku, dalam dunia hip hip, kes seumpama itu bukanlah plagiat.

Sebaliknya, Joe memberitahu, kaedah yang digunakan dalam lagu Botingkek dikenali sebagai mixtape.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");