Berita Hari Ini

Eksport elektronik kembali pulih

ELEKTRONIK

EKSPORT industri elektronik kembali pulih tahun ini selepas jumlah eksport dalam sektor itu jatuh sehingga 80 peratus tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Datuk Noharuddin Nordin berkata, kejatuhan jumlah eksport itu disebabkan penggunaan komputer yang semakin kurang.

“Tahun ini eksport kembali normal selepas industri elektronik memberi tumpuan kepada gajet era baru seperti tablet dan telefon pintar,” katanya sempena Forum Mida 2013 yang berlangsung di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Noharuddin berkata, Malaysia bukan negara kos rendah untuk pelabur luar negara sebaliknya menumpukan kepada pelaburan untuk perkilangan dari segi kualiti dan kuantiti.

Dalam majlis sama, lapan syarikat multinasional daripada industri elektronik menerima anugerah ‘8 Samurai’ sebagai pengiktirafan sumbangan mereka kepada pembangunan ekonomi negara.

“Mereka juga berjaya meningkatkan industri elektronik tempatan termasuk mewujudkan beberapa syarikat tempatan baru yang berdaya saing dan bertaraf antarabangsa,” kata Noharuddin.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, forum itu adalah platform terbaik untuk memperkenalkan Malaysia kepada pelabur luar negara.

“Forum ini dapat menggalakkan pelabur dalam dan luar negara untuk terus bersaing dan membawa negara ke depan,” katanya dalam ucapan beliau di forum itu.

Forum julung kali dianjurkan Mida itu disertai lebih 1,400 pemimpin perniagaan, usahawan, penggubal dasar dan pelabur termasuk 600 peserta luar dari 32 negara.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");