Isu Panas

Hudud: Pas tak akan berundur jika dikecam

NAIB PRESIDEN PAS

SHAH ALAM – Pas tidak akan berundur kebelakang untuk merealisasikan pelaksanaan hudud di Kelantan walaupun mendapat kecaman daripada parti perikatan PR.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, Pas akan konsisten dalam keputusan tersebut dan perlu diteruskan walaupun rakan PR yang lain menyuarakan kebimbangan mengenai pelaksanaan hukum hudud.

“Kita tak rasa takut untuk perkara ini, ini kerana kita konsisten.

“Semua itu telah difahami DAP dan PKR dalam PR.

“Kecaman itu tak menjadi isu, kita akan terus memberi kefahaman kepada masyarakat bukan Islam mengenai perkara ini.

“Kita juga tak akan berundur kebelakang apabila ada orang kecam kita, seperti PRU lalu, akhirnya kita lihat orang Cina boleh kata hudud pun hududlah sebab mereka mahukan perubahan,” katanya kepada Sinar Harian Online, ketika wawancara eksklusif di ibu Pejabat Pas, di sini, hari ini.

Tambahnya, perkara tersebut juga telah serta perlu difahami DAP dan PKR mengenai perjuangan yang dibawa oleh Pas.

“Kita terima kalau parti lain nak berbeza pendapat dengan kita, itu hak mereka,” ujarnya.

Mengikut laporan media, Kelantan akan melaksanakan hudud ekoran kelengkapan prasarana untuk perkara itu telah ada.

Kerajaan negeri itu juga dilaporkan akan memperuntukkan RM1 juta untuk merealisasikan undang-undang Islam tersebut.

Terbaru, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Muktamar Pas ke-59, pada 20 hingga 24 November ini akan membahaskan usul hudud sekaligus mencari resolusi untuk diketengah kepada Kerajaan Pusat.

Dalam perkembangan sama, Salahuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian menegaskan usaha berterusan untuk memberi pemahaman kepada masyarakat bukan Islam perlu diteruskan.

Katanya, melalui usaha tersebut tidak mustahil undang-undang Islam itu akan diterima oleh golongan itu.

“Saya cukup yakin dan percaya sekiranya Pas memberi kefahaman sebenarnya dan pihak kerajaan bagi ruang, kita akan berjaya laksanakannya.

“Saya juga lihat situasi apabila orang bukan Islam melihat jenayah negara makin menggerunkan serta menakutkan, telah ada suara di peringkat bawahan hatta ahli perniagaan Cina sendiri menyatakan hukum hudud bagus untuk dilaksnakan dan selesaikan perkara itu.

“Jadi perkara ini saya rasa cukup memberi gambaran kepada saya untuk teruskan perjuangan dan akhirnya mereka (bukan Islam) faham apa hudud sebenarnya,” jelasnya lagi.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");