Sukan Hari Ini

Messi terlepas Ballon d’Or

Lionel Messi

PERANCANG tengah Sepanyol dan Barcelona, Xavi Hernandez, melihat peluang bagi rakan sepasukannya yang juga pemain terbaik dunia empat kali berturut-turut, Lionel Messi mungkin terpaksa menyerahkan mahkota Ballon d’Or 2013 kepada pemain lain.

Jelasnya, dengan faktor kecederaan yang sering membelenggu Messi membuatkan peluang bintang Argetina itu mempertahankan gelaran pemain terbaik dunia agak tipis.

“Ketika ini Cristiano Ronaldo dilihat calon terbaik bagi merampas mahkota itu. Ronaldo senantiasa sahaja menjaringkan gol buat pasukannya. Mungkin dia adalah orang yang paling layak untuk bergelar pemain terbaik dunia bagi 2013.

“Seorang lagi pemain yang saya lihat mampu mencabar ialah Franck Ribery. Pemain Bayern Munich itu dilihat berjaya sepanjang musim lalu bersama kelabnya dengan menjuarai Liga Juara-juara Eropah disamping muncul juara Bundesliga musim lalu.

“Namun bagi saya, Messi tetap dianggap pemain terbaik dunia sepanjang zaman, cuma untuk 2013 nasib tidak menyebelahinya akibat daripada kecederaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");