Sukan Hari Ini

Kemenangan lalu bukan ukuran

hodak

PENGENDALI The Red Warriors (TRW) Bojan Hodak percaya aksi Pahang malam esok bukanlah  seperti pasukan yang pernah mereka tewaskan ketika aksi terakhir peringkat kumpulan kerana Tok Gajah pastinya menampilkan corak permainan berbeza.

Jelasnya, lawan pasti berbeza kerana mereka  mempunyai azam  tinggi untuk menjulang Piala Malaysia apatah lagi TRW kehilangan Obinna Nwaneri.

“Mereka pasti bangkit membuktikan sesuatu, pentas akhir pasti berbeza, kita tidak boleh terus dibuai kemenangan sebelum ini.

“Kita rasa kuat di bahagian benteng dengan adanya Nwaneri namun khidmat pemain import ini terpaksa dilupakan dalam pentas akhir malam esok kerana digantung perlawanan akibat mengutip dua kad kuning ketika aksi separuh akhir.

“Kehilangan Nwaneri bukan alasan  tidak mempamer persembahan bertenaga kerana kita punyai pemain yang mampu mengalas kekosongan tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan pasukan, Hodak menjelaskan kesemua anak didiknya berkeadaan  baik dan bersedia diturunkan beraksi di pentas akhir nanti.

“Semua pemain berada dalam keadaan memuaskan dan bebas dari kecederaan malah mereka tidak sabar untuk beraksi menentang Pahang,’ katanya.

Sementara itu, Ketua Pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi percaya rakan sepasukan yang mengisi kekosongan ditinggalkan Nwaneri mampu melakukan tugas dengan berkesan.

“Memang kita rasai ketiadaan Nwaneri namun percaya jurulatih mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan benteng tetap kukuh.

“Kita punyai ramai pemain berpotensi dan ia bukan masalah besar buat Pahlawan Merah,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");