Jenayah

Wanita gelandangan dikoyak muka

jenayah

KUALA LUMPUR – Seorang wanita gelandangan ditemui mati dengan kesan koyakan pada bahagian kanan mukanya, dipercayai dibunuh, di Jalan Tun H S Lee, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat wanita berusia 60-an itu ditemui oleh orang awam di kaki lima berhampiran sebuah bank pada jam 7 pagi semalam.

“Wanita ini dikatakan sering meminta sedekah di kuil di Jalan Tun H S Lee dan juga di Batu Caves,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber polis, identiti mangsa belum dikenal pasti, namun dipercayai warga tempatan.

Siasatan awal polis di lokasi juga tidak menemukan sebarang senjata, namun mangsa dipercayai dipukul dengan senjata tajam sehingga mengoyakkan bahagian pipinya, kata sumber itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");