Perak Hari Ini

Kerajaan Pusat Disaran Bina Lebih Banyak KR1M, Klinik 1Malaysia

PERAKTODAY DUN13- 8

Kerajaan Pusat disaran membina lebih banyak Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik Rakyat 1Malaysia untuk membantu dan meringankan beban hidup yang ditanggung golongan miskin di Perak.

Exco Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Rusnah Kassim (BN-Behrang), berkata dengan kemudahan yang disediakan itu, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dapat membeli barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah dan mendapatkan rawatan kesihatan pada kadar RM1 sahaja.

“Selain kemudahan ini, kerajaan negeri melalui Yayasan Bina Upaya turut mengagih-agihkan kotak makanan kepada golongan miskin di Perak serta pemberian air percuma kepada rakyat yang layak menerima bantuan tersebut,” katanya kepada ketika menjawab soalan lisan Maslim Sham Razman (BN-Bukit Chandan) pada Sidang DUN Perak di Ipoh, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, kadar bantuan bulanan yang disalurkan kerajaan Pusat kepada JKM negeri meningkat kepada RM95 juta pada tahun lalu.

Di peringkat kerajaan negeri pula, peruntukan yang disalurkan turut meningkat dari saban tahun iaitu RM17.1 juta pada 2010 kepada RM24.8 juta pada 2014.

“Ketika pembentangan Bajet 2014 semalam, Menteri Besar mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta lagi sekaligus menjadikan jumlah bantuan bulanan yang akan disalurkan ialah RM24.8 juta pada tahun hadapan.

“Dengan tambahan peruntukan ini, kita harap lebih ramai penerima baru akan mendapat manfaatnya,” katanya lagi.

Sehingga 2012, seramai 111 daripada 485 penerima Geran Pelancaran (GP) di Perak katanya, berjaya dikeluarkan daripada senarai penerima bantuan JKM.

GP merupakan bantuan kewangan yang ditawarkan kepada mereka yang berdaftar dengan jabatan itu yang mempunyai minat dan potensi untuk maju dalam menceburi bidang ekonomi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");