Sukan Hari Ini

Rela Undur Jika FAM Benci

anuar musa“Kalau pelantikan saya ini menyebabkan FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) tidak mahu bekerjasama dengan jawatankuasa ini jadi saya secara sukarela berundur,” kata Tan Sri Annuar Musa yang tidak mahu kemelut pelantikannya sebagai anggota Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara berpanjangan.

Pendirian Timbalan Presiden FAM itu yang kini masih menjalani hukuman penggantungan 30 bulan kerana melanggar Artikel 88 FAM disuarakan selepas menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam.

Isu pelantikan Annuar itu dipersoalkan memandangkan penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu dilarang menyertai sebarang aktiviti bola sepak sehingga Oktober tahun depan dan FAM bersedia merujuk kes itu kepada AFC dan FIFA biarpun dari pihak Kementerian Belia dan Sukan ia tidak menyalahi peraturan.

“Saya dilantik atas kapasiti sebagai ahli parlimen, bukan atas kapasiti sebagai Timbalan Presiden yang digantung atau Presiden KAFA. Dalam parlimen isu bola sepak juga dibangkitkan, kami tak boleh lari. Ini jawatankuasa yang membuat dasar, saya cadangkan kertas (pelan pembangunan bola sepak negara) ini harus dibawa ke parlimen. Sama ada itu diambil kira sebagai aktiviti bola sepak oleh FAM atau FAM “over sensitive” sampai melihat di luar skop, itu adalah pendirian FAM.

“Kalau boleh kita ketepikan soal sentimen peribadi dan tumpu kepada program pembangunan tapi kalau pelantikan saya menyebabkan kerajaan dan FAM tidak boleh bekerja, biar saya undur supaya program ini tidak terbantut,” kata Annuar.

 

 

– Harian Metro –

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");