Berita Hari Ini

Lubang besar tengah jalan

LUBANG BESAR

BALING – Penduduk yang menggunakan jalan di Kampung Becah Tok Bulan, Dalam Wang bimbang apabila laluan berkenaan semakin mendap dan kini dalam keadaan bahaya sejak dua minggu lalu.

Jalan utama untuk kira-kira 100 penduduk di kawasan itu mula membentuk lubang besar sedalam tiga meter dan sepanjang hampir empat meter dan hanya boleh dilalui oleh motosikal.

Penduduk, Ismail Yaakup, 56, berkata, kenderaan penduduk terutama kereta terpaksa diletakan di persimpangan jalan kira-kira 100 meter dari kawasan penduduk disebabkan masalah jalan terbabit.

Menurutnya, hanya motosikal sahaja yang boleh menggunakan jalan ini dengan hanya ruang yang kecil sahaja berbanding sebelumnya.

“Macam mana nak guna kereta kalau keadaan begini, jadi penduduk terpaksa meletakkan kenderaan di luar. Kemudian, jalan kaki ataupun hubungi keluarga untuk jemput di persimpangan jalan ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, jalan mendap ini dipercayai berlaku disebabkan sistem pembetung yang kecil sehingga memberikan kesan kepada aliran air di kawasan terbabit.

“Baru-baru ini berlaku banjir, jadi arus air deras dan naik, pembetung pula kecil, lama kelamaan jalan menjadi mendap sehingga membentuk lubang besar,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zaibudin Yatim, 41, berkata, masalah jalan ini perlu diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan keselamatan orang ramai.

“Kita mahukan pihak bertanggungjawab selesaikan segera masalah ini dan jangan tunggu sehingga berlaku kejadian tidak diingini baru tindakan diambil.

“Saya berharap pihak bertanggungjawab memandang serius mengenai masalah ini kerana ia melibatkan keselamatan penduduk di sini,” katanya.

Katanya, kawasan terbabit juga tidak mempunyai lampu jalan dan ia amat membahayakan pengguna pada waktu malam.

“Mungkin orang kampung dah sedia maklum mengenai jalan ini tetapi bagaimana dengan orang luar, tidak mustahil akan ada mangsa yang terjatuh selepas ini,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");