Membawang Hari Ini

Miley hisap ganja depan penonton

miley cyrus

Satu persatu kejutan dilakukan penyanyi muda, Miley Cyrus.

Selepas menggemparkan peminat dengan klip video bogel Wrecking Ball dan aksi goyang punggung pada Anugerah Muzik Video, penyanyi itu menghisap ganja ketika muncul di sebuah lagi acara MTV, Anugerah Muzik Eropah, di Amsterdam, Belanda, Ahad lalu.

Miley yang turut membawa pulang trofi Video Terbaik dilihat membuka beg bimbit untuk mengambil sebatang rokok dan menyalakannya.

Dia yang mengenakan bikini dan kot bulu menyedut sekali serta menghembus asap sambil berlalu.

Kejadian itu disaksikan ramai penonton.

Jual secara terbuka

Ganja ialah bahan bukan larangan di negara berkenaan. Mereka yang menghisapnya secara terbuka tidak dikenakan tindakan, malah ia dijual secara terbuka di kafe yang mirip kedai kopi.

Bagaimanapun, pihak penerbitan memotong insiden berkenaan daripada disiarkan kepada penonton pada malam itu, manakala persembahan Miley yang beraksi sambil menggoyang punggung dan menjelirkan lidah seperti ketika tampil di New York tempoh hari dilepaskan.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");