Isu Panas

MT tambahan ruang suara Wanita didengar

AZIZAH

KOTA KINABALU – Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun menyifatkan pelantikan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno tambahan mampu mengetengahkan suara wanita, khususnya dalam membuat keputusan berkaitan golongan itu.

Azizah, yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Presiden Umno atas pelantikan itu.

“Saya akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan penyertaan saya dalam MT ini adalah bermakna bukan sahaja kepada wanita tetapi juga kepada parti,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pengiktirafan oleh presiden parti itu akan diguna sebaik mungkin bagi mewakili wanita dalam MT.

Semalam, Najib mengumumkan pelantikan empat anggota MT Umno tambahan iaitu dua daripada pergerakan Wanita dan masing-masing seorang daripada sayap Pemuda serta Puteri.

Turut dilantik Penolong Setiausaha Wanita Datuk Rosni Sohar, Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri Zahida Zarik Khan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");