Berita Hari Ini

Nissan Leaf model terlaris peringkat global

NISSAN

JENAMA Nissan melalui pengedarnya di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) buat julung kalinya melancarkan kenderaan elektrik, Nissan Leaf bagi pasaran Malaysia.

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata, sehingga Oktober 2013, Nissan Leaf merekod jualan sehingga 87,000 unit, sekali gus menjadi model terlaris di peringkat global.

“Pelancaran Kenderaan Elektrik (EV) ini, mengukuhkan lagi komitmen Nissan dan ETCM terhadap ekomobiliti yang mampu memberi impak minimum kepada alam sekitar.

“Nissan Leaf bukan sekadar kenderaan emisi sifar yang bergaya, malah menawarkan prestasi pemanduan mengagumkan yang direalisasikan menerusi teknologi Nissan,” katanya pada majlis pelancaran Nissan Leaf dan Nissan Almera Nismo Performance
Pakej di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS), di Kuala Lumpur.

Nissan Almera Nismo Performance Pakej yang turut dilancarkan pada hari sama, dibangunkan menggunakan teknologi produksi kenderaan Nissan dan perlumbaan Nismo.

Nismo merupakan jenama sukan bermotor dan penala kereta berprestasi untuk Nissan yang terkenal di peringkat global juga menawarkan teknologi inovatif dan berprestasi tinggi.

“Menerusi pelancaran Nissan Almera Nismo Performance Pakej, ETCM mengukuhkan lagi pengaruh Nissan Almera di pasaran Malaysia.

“Nissan Almera kini merupakan sedan dalam segmen B bukan nasional paling laris di negara ini,” katanya.

Bermula dengan harga RM66,800, Nissan Almera Nismo Performance Pakej menawarkan semua varian Nissan Almera dengan empat pilihan warna iaitu putih, hitam, perak dan emas.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");