Jenayah

Langgan pelacur guna SMS

lacur sms

Seramai lima wanita warga Vietnam dipercayai menawarkan khidmat seks, ditahan:-

KUALA LUMPUR – Satu sindiket yang menawarkan khidmat seks cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengiklankan perkhidmatan urutan refleksologi, terbongkar apabila premis berkenaan di Taman Wangsa Permai diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian D7 Bukit Aman, kelmarin.

Sindiket yang aktif sejak lima bulan lalu, dipercayai menawarkan pelacur warga Vietnam melalui tempahan panggilan telefon untuk khidmat seks.

Dalam serbuan yang diketuai Inspektor Mohamad Mohd Jais, pada jam 11.15 malam itu, seramai lima wanita warga Vietnam ditahan bagi membantu siasatan.

Mohamad berkata, pelanggan boleh membuat tempahan dengan menghubungi atau mengirim SMS kepada sindiket berkenaan.

Kesemua yang ditahan itu dihantar ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk siasatan lanjut.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");