Jenayah

Pemilik TASKA tak mengaku salah dera budak

pemilik taska tak mengaku salah

Kuala Lumpur: Pemilik Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas tuduhan menganiaya seorang budak lelaki berusia satu tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Rozita Awang, yang hadir ke mahkamah memakai tudung kelabu, baju merah putih dan seluar hitam, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicara sebaik tuduhan dibacakan di depan Majistret Siti Shakirah Mohtarudin.

Dia dituduh menganiaya kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal dan emosi di TASKA Permata Harapan, Nombor 41, Jalan Melati Satu, Taman Melati, pada jam 11.35 pagi, 18 Oktober lalu.

Rozita didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ahmad tidak menawarkan sebarang jaminan.

Bagaimanapun, peguam bela, Muhammad Syawzan Mohd Salleh, memohon mahkamah membenarkan ikat jamin terhadap anak guamnya dengan alasan tertuduh mempunyai enam orang anak dan yang bongsu masih menyusu badan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Disember ini untuk sebutan kes.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");