Jenayah

Peniaga akui salah susun

salah susun

GEORGETOWN – Beberapa pekerja kedai serbaneka di kawasan Jelutong mengakui pernah tersilap menyusun tin minuman buah-buahan bersama arak.

Pekerja yang hanya mahu dikenali Maya berkata, dia sendiri menyangka ia minuman buah-buahan ketika stok air tin terbabit mula sampai di premisnya.

Menurutnya, pada mulanya mereka menyusun seperti biasa, namun setelah melihat terdapat perkataan beer (arak) barulah ia disusun di peti berasingan yang mana sama dengan minuman keras lain.

“Tidak dinafikan ada beberapa pelanggan turut bertanyakan tentang air terbabit kepada kami, semua sangka ia air lemon kerana nampak bekasnya menarik.

“Bukan apa, orang beragama Islam tidak setuju kerana perkataan arak pada tin ditulis begitu kecil, sepatutnya bagi saya pengilang kena peka bagi orang tidak ragu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, beberapa kedai runcit yang biasanya dikunjungi pelancong selamba sahaja mencampurkan air tin yang dicampuri arak berkenaan dengan minuman yang lain.

Ketika Sinar Harian mahu merakamkan gambar tempat letak terbabit, pekerjanya yang juga warganegara asing cuba menghalang.

“Janganlah, saya hanya cari makan, ini kedai tauke saya, jangan ambil gambar,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan seorang guru di sini berjaya menahan seorang pelajar yang cuba membawa air tin terbabit.

Guru berkenaan turut meluahkan tidak puas hati kerana air tin mengandungi arak itu mengelirukan guru dan juga pihak sekolah.

Dalam masa yang sama dia turut menggesa pihak bertanggungjawab menukar pek balutan air tin berkenaan dan memaparkan perkataan arak dengan lebih jelas.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");