Jenayah

‘Rumah bujang pun jadi sasaran’

rumah bujang

SEREMBAN – “Tak sangka, rumah bujang pun jadi sasaran pencuri,” kata Mohd Azhar Abd Latif, 29, selepas rumah diduduki bersama rakannya di Taman Rasa Sayang, dekat sini dipecah masuk pencuri, petang semalam.

Menurut Mohd Azhar, kejadian hanya disedari rakannya yang pulang ke rumah kira-kira 6.30 petang, apabila mendapati pintu besi bahagian hadapan rumahnya telah dipotong.

“Pagi itu seperti biasa sebelum pergi bekerja, kami akan memastikan rumah dikunci dengan baik. Tapi sebelum saya keluar rumah, saya mengecas telefon bimbit kerana kehabisan bateri. Tapi tidak sangka pula rumah bujang kami akan dimasuki pencuri, ” katanya.

Akibat kejadian itu, beliau yang juga seorang Posmen kehilangan telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Note 2 yang ditinggalkan di rumah, sementara rakannya rugi lebih RM1,000 apabila telefon bimbit, wang tunai dan sebuah komputer riba turut dilarikan.

Mohd Azhar berkata, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku kepadanya setelah lapan tahun menyewa di kawasan perumahan berkenaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");