Berita Hari Ini

Perniagaan sosial bantu komuniti

SUMMIT

PERNIAGAAN sosial adalah satu model perniagaan di mana ianya seperti badan bukan kerajaan yang mempunyai misi sosial dan firma menjana pendapatan sendiri bagi menampung kos.

Penerima Anugerah Nobel dan Laureate, Profesor Muhammad Yunus adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan model perniagaan sosial berkata, ia merupakan syarikat bukan dividen dalam membantu menyelesaikan masalah sosial.

“Masalah sosial adalah seperti kemiskinan, kelaparan, akses penjagaan kesihatan dan pendidikan. Dalam perniagaan sosial, penyelesaian berterusan diperlukan dan generasi muda adalah golongan penting dalam perniagaan ini.

“Ia demi orang lain dan bukan untuk kepentingan peribadi tetapi sebagai manfaat bersama seperti kebahagiaan, kesihatan dan keselamatan terutamanya golongan kurang bernasib baik.

Yunus mencadangkan perniagaan sosial memfokuskan golongan usahawan muda di setiap negara dan pengaturan kewangan merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan di mana idea akan datang kemudian.

“Menjana wang adalah kebahagiaan dan menjadikan orang lain bahagia melebihi kebahagiaan, itulah perniagaan sosial harus diberi perhatian,” katanya selepas Persidangan Perniagaan Sosial Global (GSBS) 2013.

Bertemakan ‘Peniagaan sosial untuk mengubah dunia melalui perubahan individu, komuniti, kampung, bandar dan negara’ GSBS 2013 pertama kali diadakan di Asia dan dihadiri seramai 600 delegasi dari pelbagai negara.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");