Berita Hari Ini

Pilih lokasi sesuai buka Taska

ADUN

MANJUNG – Pemimpin setempat diminta mengenal pasti kawasan bersesuaian untuk membuka Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Kemas bagi memenuhi keperluan pendidikan awal kanak-kanak.

Adun Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim berkata, pihaknya sedia membantu merealisasikan hasrat komuniti untuk membuka pusat asuhan berkenaan.

“Mereka yang berminat untuk membuka Taska Kemas ini harus mengikuti kriteria tertentu termasuk perlu mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah yang akan ditempatkan di Taska berkenaan.

“Kita mahu pemimpin setempat mengenal pasti kawasan sesuai untuk dilaksanakan kemudahan ini memandangkan ia satu keperluan,” katanya selepas perasmian Hari Graduasi Kecil anak Tabika Kemas Parlimen Lumut, di sini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Operasi 1 Kemas, Perak, Hussin Sidek dan Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Azri Jaafar.

Rashidi berkata, masyarakat perlu menyedari kepentingan memberikan pendidikan awal kepada kanak-kanak sebagai persediaan diri mereka melangkah ke alam lebih dewasa.

“Ibu bapa harus sedar kepentingan ini dan menjadikan Taska Kemas sebagai pilihan mereka,” katanya.

Beliau berkata, Kemas turut mewujudkan Tabika Kemas sebagai persediaan awal kanak-kanak sebelum memasuki sekolah rendah.

“Sukatan pelajaran digunakan juga tidak membebankan berbanding tadika swasta kerana Tabika Kemas mahu kanak-kanak mendapat pembelajaran seiring dengan usia mereka,” katanya.

Menurutnya, Tabika Kemas juga menyediakan tenaga pengajar terlatih selain berkelulusan sehingga diploma.

“Mereka juga turut dihantar mengikuti kursus tertentu sebagai persediaan mendidik anak-anak ini,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");