Berita Hari Ini

Polis wanita lindungi wanita

POLIS WANITA

GEORGETOWN – Seramai 11,749 anggota polis wanita kini ditempatkan di balai polis serta kawasan perumahan seluruh negara bagi membantu mencegah jenayah terutama membabitkan golongan berkenaan.

Bukan itu sahaja, mereka diberi tanggungjawab khusus untuk mengatasi jenayah melibatkan penderaan serta keganasan rumah tangga.

Timbalan Pengarah 1, Jabatan Logistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismail berkata, anggota yang terdiri daripada pelbagai peringkat itu akan mendekati golongan sasaran khususnya suri rumah termasuk guru serta pelajar sekolah sebagai mata dan telinga di kawasan kejiranan.

“Golongan terbabit berasa lebih selesa jika masalah yang dihadapi dapat dikongsi bersama polis wanita kerana banyak kejayaan sudah diperoleh setakat ini.

“Secara tidak langsung mereka dapat menyalurkan maklumat kepada polis dalam menangani jenayah terutama yang berlaku di kawasan sekolah atau di tempat awam,”
katanya selepas melancarkan program Kepolisan Wanita Untuk Wanita 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St George di sini semalam.

Program berkenaan adalah usaha PDRM bersama sekolah dalam menjayakan agenda pencegahan jenayah sekali gus menyedarkan masyarakat mengenai tanggungjawab mereka bersama polis.

“Tanpa kerjasama masyarakat, polis tidak dapat melakukan tugas penguatkuasaan serta pencegahan secara bersendirian,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");