Perak Hari Ini

RM3.3 Juta Dadah Pelbagai Jenis Dilupuskan

PERAK TODAY 1

Buat pertama kalinya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontijen Perak melupuskan kira-kira 103 kilogram (kg)  pelbagai jenis dadah dan barangan rampasan kes yang mencecah nilai RM3.3 juta.

Pelupusan bahan tersebut melibatkan 15 daerah dari kontinjen Perak yang dilaksanakan secara berkelompok.

Menurut Timbalan Pengarah 3, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM), SAC Jamaludin Kudin, pelupusan barangan tersebut meliputi kes dalam tempoh 10 tahun yang lalu.

“Pelupusan hari ini melibatkan sejumlah 3,582 kertas siasatan kes atau kes dari tahun 2000 sehingga 2010,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kesemua barangan kes dan dadah akan dilupuskan setelah semua pesalah selesai dibicarakan dan tempoh rayuan sudah tamat.

Beliau berkata demikian semasa sesi sidang akhbar sempena Program Pelupusan Dadah Peringkat Kontinjen Perak di PGA Briged Utara, Hulu Hinta, dekat Ipoh, pagi tadi.

Jelasnya lagi, kesemua barangan kes tersebut telah mendapat perintah mahkamah terlebih dahulu sebelum dilupuskan.

“Pelupusan hari ini melibatkan 103 kg dadah seperti ganja, heroin, syabu, eramin, ecstacy, pil yaba dan pil psikotropik,” katanya.

Sementara itu juga, sebanyak 1,186 kg daun ketum, 383,610 liter air ketum dan juga 260,931 liter ubat batuk antara barang rampasan yang turut dilupuskan hari ini.

Jelasnya, untuk dadah sahaja, nilai rampasan bagi tempoh 10 lalu bernilai sebanyak RM3.3 juta.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai prestasi Jabatan Siasatan Jenayah Perak dalam pelaksanaan tangkapan sepanjang tahun 2013.

“Dari Januari hingga Oktober 2013 lalu, sebanyak 1,361 iaitu 90 peratus bagi orang berjaya ditangkap terbabit dengan kes bekalan dadah,” tambahnya.

Ujarnya lagi, seramai 2,416 orang atau orang ditangkap bagi kes permintaan iaitu pencapaian sebanyak 104 peratus keseluruhannya.

Katanya lagi, rampasan barangan kes yang dibuat pada tahun ini sahaja sehingga Oktober mencapai nilai sebanyak RM3.8 juta iaitu nilai sitaan sebanyak RM2,819269.95.

Sementara itu, jelasnya lagi, bagi kes tahun ini sahaja, pelupusan barangan kes belum dilakukan kerana setiap kes akan memakan masa sekurang-kurangnya tempoh tiga tahun untuk diselesaikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");