Jenayah

Suspek kes bunuh ala samurai ditahan

kes pembunuhan

Ipoh: Kes pembunuhan kejam ala samurai seorang lelaki Sabtu lalu, dipercayai selesai selepas polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga suspek utama berusia 30-an di pusat bandar raya ini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq, berkata polis turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita disyaki terbabit kes itu dalam tempoh 48 jam selepas kes pembunuhan berkenaan.

“Bagaimanapun, polis memburu beberapa lagi suspek yang masih bebas untuk melengkapkan siasatan dengan motif awal lebih menjurus kepada unsur dendam, selain tidak menolak ada motif lain termasuk kemungkinan mereka ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang 9 November lalu, seorang lelaki, S Susindran, 22, maut akibat parah di kepala dan muka kerana ditetak berulang kali di sebuah rumah di Chandan Desa, Simpang Pulai dekat sini yang turut disaksikan rakan mangsa seorang wanita yang juga penyewa rumah berkenaan.

Ditetak lelaki bertopeng

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa bersama wanita terbabit berada di ruang tamu sebelum sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata parang menyerbu masuk ke dalam rumah dan menetak mangsa.

Wanita terbabit dilaporkan menyewa rumah dua tingkat itu bersama suaminya dan mangsa pula menumpang di rumah mereka sejak hampir dua bulan lalu. Bagaimanapun, ketika kejadian, suami wanita terbabit tiada di rumah kerana bekerja sebagai mekanik di sebuah bengkel membaiki motosikal tidak jauh dari rumah itu.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");