Berita Hari Ini

Zakri terima Anugerah Matsuda 2014 daripada ISSAAS

ZAKRI

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Kumpulan Industri- Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) mengumumkan Pengerusi Bersamanya, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Zakri Abdul Hamid adalah penerima Anugerah Matsuda 2014 daripada Persatuan Antarabangsa Bagi Sains Pertanian Asia Tenggara (ISSAAS) di Manila hari ini.

MIGHT berkata, anugerah itu diberikan sebagai pengiktirafan kepada peranan global Zakri dalam memperjuangkan penggunaan lestari kepelbagaian dan khususnya, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan sumber genetik tanaman pertanian di rantau Asia Tenggara.

Zakri, yang juga Penasihat Sains kepada Perdana Menteri Malaysia, mencatatkan sejarah pada Januari tahun ini apabila beliau dilantik sebulat suara sebagai Pengerusi pertama Platform Dasar Sains Antara Kerajaan mengenai Perkhidmatan Biodiversiti dan Ekosistem (IPBES) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Zakri kini berkhidmat sebagai Pengerusi Perbadanan Bioteknologi Malaysia.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");