Berita Hari Ini

Tak perlu senjata api, kata Rahim Noor

RAHIM NOOR

SHAH ALAM – Penguat kuasa agama di negara ini tidak perlu dibekalkan senjata api memandangkan skop tugasan mereka tidak berbahaya.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, penggunaan senjata api lebih sesuai untuk mereka yang bertugas berdepan penjenayah ganas seperti polis.

“Kita faham tugas anggota agensi penguat kuasa juga terdedah dengan risiko. Bagaimanapun, mereka tidak sampai ke peringkat berurusan dengan individu berbahaya.

“Saya tidak nampak sebab untuk mereka ditembak atau dibunuh kerana menjalankan tugas. Tidak perlu senjata api melainkan jika mereka perlu berurusan dengan ketua gengster,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");