Sukan Hari Ini

TRW berhasrat ikat Mohamed Shawky

trw lagi

TRW berhasrat ikat Mohamed Shawky Mohamed Shawky (kiri) bersaing dengan pemain Brazil, Felipe Melo pada perlawanan Piala Konfederasi Fifa yang berlangsung di Stadium Free State, Bloemfontein, Afrika Selatan, pada 15 Jun 2009. – FOTO IHSAN: KEVORK DJANSEZIAN/GETTY IMAGES EUROPE:-

BEKAS pemain Middlesbrough, Mohamed Shawky disebut-sebut bintang import yang akan menyarung jersi The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Ia berpandukan kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa dalam laman Facebooknya semalam, yang memberi bayangan mengenai pemain import baharu yang disambar bekas pasukan juara tiga piala musim lalu.

“Selain mengekalkan Obinna Nwaneri dan (Kafa) juga berusaha mendaftarkan Brendan Gan sebagai pemain tempatan, TRW telah mengikat tiga lagi pemain import. Seorang pemain kebangsaan Asia dan seorang lagi pemain kebangsaan dari benua Afrika.

“Sementara yang keempat ialah pemain yang telah beraksi sebanyak 68 kali untuk negaranya, pernah bermain bersama sebuah kelab EPL (English Premier League) dan menjaringkan gol ketika negaranya menentang Brazil,” katanya.

Berdasarkan pencarian menerusi laman wikipedia, Mohamed Shawky merupakan pemain yang menepati maklumat serba ringkas yang didedahkan Annuar sendiri dalam laman sosialnya itu.

Mohamed Shawky atau nama sebenarnya Mohamed Ali Abu El Yazid Shawky, 32, merupakan pemain yang beraksi di posisi tengah bertahan dan pernah menyarung jersi skuad kebangsaan Mesir sejak 2003.

Dilahirkan di Port Said, Mohamed Shawky memulakan kariernya dalam Liga Premier Mesir bersama kelab Al-Masry pada musim 2000 hingga 2003 sebelum berhijrah ke Al-Ahly (2003–2007) dan tampil dalam 92 perlawanan.

Kemudian, Mohamed Shawky mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Middlesbrough (2007–2010) dan beraksi dalam perlawanan sulung ketika kelabnya menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 pada musim 2008/2009.

Pada 2010, Mohamed Shawky berkelana ke Turki dengan menyertai kelab Kayserispor, namun jodohnya tidak panjang apabila menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama pada Jun dan kembali ke Mesir bagi mewakili Al-Ahly sehingga pertengahan tahun lalu.

Seorang lagi pemain import dikhabarkan bakal menggantikan Dickson Nwakaeme ialah bekas penjaring terbanyak Liga-M musim 2012 ketika bersama Terengganu, Francis Forkey Doe yang menyarung jersi Selangor tahun ini.

Namun segala-galanya bakal terjawab mengenai kehadiran dua pemain import itu pada majlis memperkenalkan barisan pemain Kelantan musim 2014 yang akan berlangsung di ibu negara, tengah hari ini.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");