Berita Hari Ini

YDP Dewan Negara Terima Kunjungan Duta Kazakhstan

kazakYDP Dewan Negara Terima Kunjungan Duta Kazakhstan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang (kanan) menerima cenderahati berbentuk koleksi buku daripada Duta Besar Kazakhstan, Daniyar Kabidollayevich Sarekenov ketika menerima kunjungan hormat duta berkenaan di pejabatnya di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Bernama:-

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang hari ini menerima kunjungan hormat Duta Kazakhstan di Malaysia Daniyar Kabidollayevich Sarekenov, di pejabatnya di Bangunan Parlimen di sini.

Pertemuan antara Sarekenov dan Abu Zahar yang berlangsung hampir sejam bertujuan mempertingkat hubungan baik Malaysia dan Kazakhstan.

Bercakap kepada Bernama selepas lawatan itu, Abu Zahar berkata Sarekenov telah menyatakan hasrat untuk mempererat hubungan dan membuka peluang ekonomi yang lebih baik antara kedua-dua negara.

“Sarekenov juga berharap agar lebih banyak pertukaran lawatan antara pemimpin dan anggota Parlimen Malaysia bersama negara itu,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");