Jenayah

Banjir di Rompin beransur pulih

banjir di rompin

ROMPIN – Keadaan banjir di kawasan Kuala Rompin kini sudah beransur pulih disebabkan tiada berlaku hujan kadang kala lebat yang berterusan sebelum ini.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Puteri mendapati sebahagian penduduk kawasan perumahan tersebut telah mula pulang ke rumah untuk melihat keadaan rumah di samping melakukan kerja pembersihan.

Keadaan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara SK Sungai Puteri juga sudah berkurangan kerana ramai mangsa yang sudah pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai Daerah Rompin, Syed Ahmad Fuad Syed Taha yang dihubungi Sinar Harian berkata, hampir semua kawasan yang dilanda banjir kini beransur pulih.

Katanya, ada juga mangsa banjir di sesetengah kawasan sudah pulang untuk mencuci rumah mereka yang sebelum ini dinaiki air.

“Keadaan banjir di kawasan Kuala Rompin semakin baik dan beransur pulih terutama di Sungai Puteri.

“Bagaimanapun, Pusat Pemindahan Sementara yang dibuka sebelum ini masih lagi beroperasi kerana kita masih dalam situasi berjaga-jaga,” katanya.

Menurut Fuad, keadaan banjir yang disurut ini kemungkinan disebabkan tiada hujan lebat yang berlaku dan air juga dilihat sudah turun walaupun dalam kadar yang perlahan.

Banjir di Rompin bermula pada Isnin lalu selepas hujan kadang kala lebat turun berterusan dan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Menurut sumber bilik gerakan banjir Rompin, jumlah mangsa yang dicatatkan setakat petang semalam adalah seramai 4144 orang.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");