Jenayah

Jumlah mangsa berkurangan

mangsa

MARAN – Jumlah mangsa banjir di daerah ini yang dipindahkan sejak malam Isnin lalu berkurangan kepada 1,005 orang berbanding 1,124 orang semalam apabila terdapat beberapa kawasan dinaiki air mulai surut.

Sehingga jam 7 malam tadi, enam pusat pemindahan masih dibuka manakala di Surau Bukit Kuin yang menempatkan satu keluarga sebelum ini telah ditutup.

Namun demikian, tiada sebarang perubahan jumlah mangsa di tiga balai raya yang menjadi pusat pemindahan iaitu di Kampung Ulu Luit, Kampung Bak-Bak dan Kampung Jara kerana kawasan yang dinaiki air  masih  berada di paras sama.

Sementara itu, mangsa di pusat pemindahan Dewan Kampung Luit terpaksa dipindahkan ke masjid kampung tersebut pada malam kelmarin ekoran paras air sungai berdekatan semakin meningkat.

Penempatan yang terlibat adalah Kampung Paya Chedung (183 orang), Ulu Luit (256), Bak-Bak (2), Taman Sri Chedung (15), Luit (190), Baru Jara (114) dan Taman Maran Jaya (241).

Dua lagi pusat pemindahan, di Kompleks Rakan Muda Maran dan Dewan Perpaduan Maran.

Keadaan di enam laluan yang dinaiki air sejak kelmarin masih tiada perubahan dan hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Lalu terbabit adalah di Kilometer (KM) 4 Jalan Kampung Bak-Bak (selekoh sebelum jambatan), jalan utama Kampung Ulu Luit (bawah jambatan lebuh raya), KM 28.5 Kampung Jara (hadapan Kuil Marathandavar), KM 24 Kampung Jara (selekoh kubur cina), KM 23 jalan .

Kampung Jara dan KM 26 persimpangan Kampung Jara-Bandar Jengka.

Walaupun ada di antara rumah mangsa tidak lagi dinaiki air namun mereka diminta agar tidak kembali ke kediaman masing-masing berikutan jangkaan peningkatan air Sungai Pahang.

Bacaan paras air Sungai Pahang yang melepasi bahaya pada jam 6 petang tadi dijangka meningkat ekoran limpahan air dari Sungai Tahan dan Sungai Yan di Jerantut.

Seorang penduduk Kampung Jara, Abdul Rahman Tit, 80, berkata, dia sekeluarga berpindah ke balai raya kampung itu sejak jam 8 malam, Isnin lepas selepas rumahnya dinaiki air sehingga 1 meter.

Menurutnya, kejadian banjir berlaku hampir setiap tahun sejak mendiami di kampung itu lebih 40 tahun lalu.

“Memang tidak boleh buat apa lagi, setiap tahun balai raya ini pasti akan jadi ‘rumah’ pak cik.

“Bukan perkara pelik dan jika air Sungai Pahang naik, air di kampung ini tidak akan surut,” katanya .

Hadir sama, Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib, Adun Chenor, Mohamed Ariffin Awang Ismail dan Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Datuk Fadzilla Salleh berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghulurkan bantuan keperluan kepada mangsa di pusat perpindahan dan penyediaan makanan dilakukan secara gotong-royong.

Menurutnya, pemantauan berterusan dilakukan di kesemua pusat pemindahan bagi mengelak sebarang permasalahan dengan kerjasama jawatankuasa kampung berkenaan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");