Sukan Hari Ini

Kerajaan Terengganu Harap Pasukan Liga Super Diurus Dengan Profesional

roziKerajaan negeri berharap pengurusan pasukan Terengganu dan T-Team yang akan menghadapi Liga Malaysia musim depan diurus dengan lebih profesional.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat berkata, ini keranakerajaan menyediakan peruntukan secukupnya untuk kedua-dua pasukan menghadapi liga itu.

“Kami mengharapkan satu piala akan dibawa pulang tahun depan sama ada oleh pasukan Terengganu mahupun T-Team,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pengurusan bernilai lebih RM1 juta kepada 463 persatuan belia di sini, Isnin.

Rozi berkata, beliau tidak mahu melihat sebarang isu atau masalah timbul yang boleh merentap semangat pasukan dalam memburu kejuaraan.

“Kami mahu pengurusan kedua-dua pasukan ini berjalan dengan baik dan tidak timbul masalah berkaitan dengan gaji pemain, disiplin atau soal-soal pengurusan yang lain tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, untuk memantapkan lagi pasukan, pasukan Terengganu mengadakanperlawanan di Indonesia manakala T-Team pula di Thailand.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");