Perak Hari Ini

Konsep Memanusiakan Bandar, Negeri Mampu Tarik Lebih Ramai Pelancong

PERAKTODAY

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata konsep memanusiakan bandar atau negeri yang diketengahkan dalam sektor pelancongan pada masa ini mampu menjadikan sesuatu tempat atau kawasan itu sebagai daya tarikan pelancong.

Katanya, sentuhan yang memiliki nilai yang dapat dirasai oleh setiap masyarakat perlu diterapkan dalam konsep yang ingin diketengahkan pengusaha pelancongan.

“Dalam konteks negeri Perak contohnya, pengunjung datang disebabkan oleh keunikan serta sejarah yang dimiliki negeri ini sejak dahulu lagi.

“Lantaran itu, terdapat satu konsep yang dikemukakan dewasa ini yang dikenali dengan istilah ‘humanize our city and state’ dan walaupun ianya kedengaran seperti berfalsafah, ia tidak mustahil untuk digunapakai untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong,” ujarnya ketika berucap sempena Majlis Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2013, di Ipoh, malam tadi.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamad dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Gazali Jalal.

Tambahnya, kepakaran serta komitmen yang dimiliki pengusaha dapat membantu menjadikan Perak sebagai negeri yang terkenal di mata dunia.

Selain itu, Zambry juga mencadangkan supaya semua program antarabangsa yang berlangsung di Perak disenaraikan sebagi langkah mempromosikan negeri tersebut yang terkenal dengan sumber bijih timah.

“Dengan cara inia, masyarakat dari luar dan dalam negara dapat mengetahui Perak juga mampu menganjurkan program yang bertaraf antarabangsa.

“Pendekatan ini juga memperlihatkan usaha kerajaan negeri untuk melonjakkan nama Perak sebagai kawasan yang penuh dengan keistimewaan tersendiri selain promosi Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya lagi.

Tahun ini, 21 kategori dipertandingkan termasuklah kategori Hotel Terbaik, Eco Resort Terbaik, Homestay Terbaik, Agensi pelancongan Terbaik, Restoran Terbaik, Acara pelancongan Terbaik, Pengusaha Kraftangan Terbaik dan Pemandu Pelancong Terbaik.

Manakala, majlis juga menyampaikan anugerah khas kepada dua personaliti terbaik yang telah bertungkus-lumus menyediakan artikel berkenaan kawasan-kawasan tumpuan pelancong menerusi pengalaman mereka sendiri.

Persembahan nyanyian daripada artis terkenal tanah air, Anuar Zain turut menyerikan lagi suasana majlis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");