Jenayah

Polis diacu pistol

libas

Polis menumpukan pemeriksaan di hotel bajet serta rumah-rumah yang dijadikan sarang penagih serta pusat hiburan sekitar Klang dan Pelabuhan Klang:-

KLANG – Polis merampas sepucuk pistol .38 dalam serbuan Ops Cantas Khas Narkotik Selangor yang dijalankan di Persiaran Raja Muda Musa dan Teluk Gadong, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, dalam serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu, polis membuat pemeriksaan di sebuah bilik hotel di Persiaran Raja Muda Musa, di sini.

Menurutnya, ketika bilik diketuk, seorang wanita membuka pintu dan di belakangnya terdapat seorang lelaki.

Katanya, lelaki itu tiba-tiba mengeluarkan sepucuk pistol daripada beg di pinggangnya dan terus mengacukan senjata tersebut ke arah polis.

“Berlaku pergelutan antara mereka, namun lelaki berusia 33 tahun itu berjaya meloloskan diri melalui belakang hotel.

“Siasatan kemudian dapat mengesan kedudukan suspek, sebelum polis menahannya di sebuah rumah di Teluk Gadong, di sini,” katanya, semalam.

Sumber berkata, turut dirampas sepucuk pistol bersama tiga biji peluru.

Beliau berkata, semakan menunjukkan suspek mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Dalam perkembangan lain, 57 individu ditahan dalam operasi sama yang ditumpukan di sekitar Klang Selatan dan Pelabuhan Klang bermula jam 10 pagi kelmarin dan berakhir kira-kira jam 7 pagi semalam.

Menurut satu kenyataan dipetik daripada Facebook Polis Selangor bertarikh semalam, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor dan dibantu oleh Pasukan Gerakan Am dan Unit Anjing Pengesan polis (K9) itu difokuskan kepada pemeriksaan di hotel bajet, rumah-rumah dijadikan sarang penagih serta pusat hiburan sekitar kawasan terbabit.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");