Membawang Hari Ini

Abbie Cornish bukti tak tumpang populariti kakak

abbie

Nama Abbie Cornish barang kali tidak sepopular Kristen Stewart, Jennifer Lawrence atau beberapa pelakon muda lain yang kini sedang giat menempa nama di Hollywood.

Namun aktres kelahiran Lochinvar, New South Wales ini, antara pelakon sedang mendaki ke puncak populariti menerusi beberapa lakonan yang menyerlah.

Biarpun ada yang menganggap popularitinya dalam industri lakonan kerana tempias populariti kakaknya, Isabella Cornish yang terlebih dahulu mencipta nama dalam industri seni.

Namun Cornish membuktikan dia bukan pelakon tempelan, tetapi mempunyai bakat yang sudah dibuktikan semenjak berusia 13 tahun lagi.

Kerjayanya bermula apabila dia berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir untuk pertandingan Majalah Dolly.

Kemudiannya pada tahun 1999, Cornish telah dianugerahkan Anugerah Pelakon Filem Australia termuda Televisyen ABC dan telah ditawarkan memegang watak bagi filem The Monkey Mask.

Pada 2004, Cornish sekali lagi muncul dalam filem pendek Everything Goes With Hugo Weaving yang membawanya memenangi anugerah. Dia juga pernah menerima dinobatkan sebagai pelakon wanita terbaik dalam Australia Film Institute Award pada 2005.

Dalam pada itu, Cornish turut ernational Film Festival hasil kerja kerasnya yang baik sewaktu membintangi filem.

Kerjayanya sebagai pelakon semakin menarik apabila ramai pengrah dan penerbit berusaha untuk mendapatkannya membintangi setiap filem arahan mereka.

Cornish menerima pujian yang baik dan dikatakan tahun 2005 merupakan tahun terbaik buat dirinya kerana setiap filem yang dilakonkan berjaya mencuri hati peminat dan pengkritik filem.

Sebagai seorang pelakon, Cornish tidak pernah menolak sebarang tawaran lakonan dan pada April 2010 menerusi filem adaptasi novel The Dark Fields arahan Neil Burger dan juga dibintangi Bradly Cooper dan Roberto De Niro, Cornish sekali lagi menyerlah.

Selain berlakon memegang watak manusia, Cornish juga telah berjaya membuktikan dirinya sebagai pelakon serba boleh dengan Filem alih suara Legend Of The Guardians: The Owls Of Ga’Hoole sebagai Otulissa.

Dalam tahun 2011, Cornish telah ditawarkan watak sebagai Sweet Pea dalam filem Sucker Punch dimana filem ini juga diadaptasi melalui sebuah komik.

Peladang ke pelakon

Malah siapa sangka, wanita yang lahir pada 7 Ogos 1982 ini, sebenarnya hanya anak kepada peladang dan dia juga pernah menjadi peladang pada usia muda. Masa lapang Cornish banyak dihabiskan di ladang dengan membantu keluarganya menguruskan 70 hektar tanaman.

Namun, kerana kecintaan minat yang mendalam dalam bidang lakonan sejak kecil mendorong dirinya menceburi bidang seni dan menjadikan kakaknya sebagai contoh.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat, hubungannya cintanya dengan Ryan Philippe telah melonjakkan namanya. Apatah lagi dia kemudiannya berkahwin dengan Philippe dan bercerai setelah memiliki dua orang anak.

Tidak menghiraukan kutukan dan kritikan, Cronish terus gigih untuk menempa nama bagi memastikan dia tidak terus hilang ditelan masa.

Bintangi RoboCop

Terbaru, Cornish bakal menarik perhatian ramai apabila menjadi wanita di dalam filem RoboCop yang dibuat ‘remake’ selepas 21 tahun. Memegang watak sebagai Clara Murphy, Cornish mengibaratkan penglibatannya dalam filem ini umpama mimpi yang menjadi kenyataan.

“Ini merupakan salah satu filem yang saya minati satu ketika dahulu kerana saya membesar dengan cerita ini. Malah ketika kanak-kanak, saya selalu menantikan tayangan setiap siri RoboCop di kaca TV dan tidak sangka kini saya adalah salah seorang pelakon dalam filem ini.

“Ia umpama mimpi yang jadi kenyataan dan saya amat teruja untuk menantikan reaksi orang ramai terhadap filem ini dan lakonan saya juga,” katanya.

RoboCop mengisahkan seorang lelaki yang telah mencuba teknologi ke atas dirinya sebagai salah satu cara untuk menangani jenayah yang berlaku.

Namun wujud beberapa pihak yang menggunakan teknologi sebagai salah satu cara untuk mendapat keuntungan semata-mata.

Dibintangi Joel Kinnaman, Gary Oldman, Micheal Keaton dan diarahkan oleh Jose Padilha, RoboCop bakal menemui peminat filem ini pada 30 Januari ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");