Berita Hari Ini

Alcatel perkenal dua telefon baharu

alcatel

ALCATEL OneTouch (Alcatel) melancarkan dua telefon pintar terbarunya, iaitu Idol S dan Hero di Malaysia.

Menurut Alcatel, Idol S adalah telefon pintar 4G LTE yang memberikan kelajuan 10 kali ganda berbanding tahap biasa dengan menyediakan penyambungan Internet selaju 100Mbps serta akses multimedia yang lancar di mana sahaja.

“Idol S mempunyai reka bentuk nipis iaitu 7.4 milimeter dan menggunakan teknologi skrin terkini, memaparkan visual jelas melalui skrin bersaiz 4.7 inci.

“Hero pula dilengkapi skrin enam inci dan kamera 13 megapiksel serta didatangkan dengan pen stylus,” menurut Alcatel dalam satu kenyataan, semalam.

Idol S boleh didapati dalam warna kelabu dan boleh dibeli secara eksklusif di pameran bergerak Alcatel OneTouch di ruang legar Plaza Low Yat, Kuala Lumpur dari 6 hingga 12 Januari ini, dan di lokasi lain seluruh Malaysia pada harga RM899.

Sementara itu, Alcatel Hero pula didatangkan dalam warna hitam kebiruan dan boleh didapati di Malaysia menjelang akhir Januari ini.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");